Malaysia naik tangga ke-23 Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025, petunjuk usaha reformasi buahkan hasil – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia mencatat lonjakan membanggakan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23, pencapaian terbaik sejak lima tahun lalu.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, ini petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan Madani sedang membuahkan hasil.

“Alhamdulillah, Malaysia mencatat lonjakan membanggakan dalam Laporan Penarafan Daya Saing Dunia 2025 apabila naik 11 anak tangga ke kedudukan ke-23, pencapaian terbaik sejak 5 tahun lalu.

“Ini petunjuk jelas bahawa usaha reformasi Kerajaan Madani sedang membuahkan hasil. Kita buktikan Malaysia mampu melonjak jauh dengan tekad politik, iltizam seluruh jentera kerajaan dan kerjasama erat sektor swasta,” kata beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan, prestasi memberangsangkan dalam perdagangan, kecekapan pentadbiran dan persekitaran pelaburan menjadi asas kukuh kepada kemajuan ekonomi yang inklusif dan mampan.

“Pencapaian ini milik semua rakyat Malaysia. Ia adalah antara asas penting dalam perjalanan kita untuk meletakkan negara ini dalam kelompok ekonomi paling berdaya saing menjelang 2033 demi masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak kita,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat