“Kerajaan Wajar Memanggil Sidang Parlimen Segera,”- Mohamad Hasan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengadakan sidang Parlimen tanpa berdolak dalih selepas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya diadakan secepat mungkin.

Demikian respon Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan membuat kenyataan bahawa Tuanku tidak menyatakan bulan berapa Parlimen patut bersidang dan hanya menitahkan diadakan secepat mungkin.

“Mempolitikkan titah baginda tidak akan membantu pemulihan pantas negara ini.

“Kerajaan wajar memanggil sidang Parlimen segera, jangan berdolak-dalik dengan alasan Yang di-Pertuan Agong tidak bertitah bulan berapa Parlimen harus bersidang.

“Pengumuman kerajaan melalui Pelan Pemulihan Negara bahawa Parlimen boleh dibuka menjelang September atau Oktober bukan satu kepastian. Perkara itu tertakluk kepada pelbagai syarat seperti pengurangan kes dan kadar vaksinasi melalui pelbagai fasa yang digariskan.

“Apa jua alasan untuk melengahkan pembukaan Parlimen bukan sahaja tindakan anti demokrasi, tetapi menyinggung kemuliaan dan kebijaksanaan institusi raja yang bebas dan berada di atas politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu semalam, Yang di-Pertuan Agong bersama-sama Raja-raja Pemerintah turut menzahirkan pandangannya bahawa tidak wujud keperluan untuk Pengisytiharan Darurat dilanjutkan selepas 1 Ogos depan.

Yang di-Pertuan Agong mengusulkan supaya Parlimen segera bersidang sementara Raja-Raja Pemerintah di peringkat negeri juga sudah berkenan supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibenarkan bersidang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat