Uptown Seksyen 24 Shah Alam Kembali Beroperasi

- Advertisement -

PKNS Uptown Shah Alam di Seksyen 24, Shah Alam kembali beroperasi dan dibuka sepenuhnya kepada pengunjung mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan pandemik Covid-19.

Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Utara PKNS, Mohd Muhidin Faharuddin berkata, pembukaan semula ini adalah selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa minggu lalu.

Katanya, pihak PKNS sudah melakukan aktiviti sanitasi sebelum semua peniaga dan pengunjung dibenarkan memasuki premis jualan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan semua pihak.

Katanya, pihaknya turut menempatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi mempertingkat kecekapan pengawalan kawasan premis.

“Sebelum memasuki premis Uptown Shah Alam, setiap pengunjung diwajibkan untuk memakai pelitup muka, menyaring suhu badan dan menggunakan aplikasi SeLangkah, selain hanya 100 pengunjung sahaja yang dibenarkan masuk pada satu-satu masa,” katanya.

Mohd Muhidin berkata, pembukaan semula Uptown Shah Alam adalah langkah yang tepat dalam pelan pemulihan ekonomi terutama kepada lebih 400 peniaga di situ.

“Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana memberi kerjasama sangat baik terutamanya dalam penyelarasan SOP operasi seterusnya kelulusan untuk Uptown Shah Alam kembali dibuka,” katanya.

PKNS Uptown Shah Alam dibuka setiap hari bermula 3 petang sehingga 10 malam sepanjang tempoh PKPP dan pengunjung dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta elakkan membawa golongan berisiko bagi mencegah jangkitan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat