Bekas Pelajar Perubatan Jual Serunding

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

Untuk Menang PRU15, UMNO dan PAS Perlu Sertakan Bersatu – Timb Mursyidul Am PAS

CYBERJAYA - Gabungan parti Melayu tidak seharusnya hanya UMNO dan Pas sebaliknya ia perlu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), kata Timbalan Mursyidul Am...

MELAKA- Ketidakstabilan politik di Mesir telah memaksa bekas pelajar perubatan dari Universiti Iskandariah, Ikhwan Hakim Azmi melupakan hasrat untuk bergelar doktor.

Susulan itu, pemuda berusia 26 tahun itu kembali ke Malaysia dan memilih berniaga serunding menggunakan jenama Serunding Khalifa.

“Pada mulanya saya bercadang mahu sambung pengajian di India tapi memandangkan perlu mengulang kembali daripada awal, saya terpaksa batalkan hasrat tersebut.

“Sebaliknya, saya beranikan diri menceburkan diri dalam bidang perniagaan walaupun berbeza dengan apa yang saya pernah pelajari sebelum ini,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, beliau sedikit pun tidak menyesal dengan keputusan yang diambil, sebaliknya berbangga kerana masih dapat membantu orang ramai menerusi perniagaan diusahakan.

“Walaupun saya bukan doktor tapi dengan mengusahakan perniagaan serunding dapat juga membantu anak muda mendapatkan wang tambahan hasil jualan serunding ini.

“Secara tidak langsung, saya juga dapat mengaktifkan semula ekonomi orang Islam yang terjejas akibat penularan koronavirus (Covid-19),” katanya.

Ikhwan Hakim berkata, inisiatif menjual serunding itu bermula ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Katanya, masa terluang dalam tempoh berkenaan telah memberinya idea untuk memborong serunding dan membungkusnya semula sebelum menjualnya kepada orang ramai secara dalam talian.

Jelasnya, perniagaan tersebut diusahakan dengan bermodalkan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diterima.

“Alhamdulillah, sambutan diterima amat menggalakkan walaupun saya hanya membuat promosi secara dalam talian.

“Sejak itu, saya berazam untuk serius mengusahakan perniagaan serunding ini,” katanya yang berasal dari Pahang.

Potensi

Sebelum menjual serunding, Ikhwan Hakim membekalkan bawang ke kedai runcit dan pasar selama setahun.

Katanya, beliau memilih serunding selepas melihat potensi pasaran produk makanan berkenaan.

Ikhwan Hakim berkata, serunding adalah hidangan amat popular malah digemari oleh seluruh penduduk Malaysia kerana amat sesuai dimakan dengan ketupat dan lemang, terutama semasa sambutan hari raya.

Setakat ini Ikhwan mengusahakan dua jenis serunding iaitu daging dan ayam yang dijual pada harga RM18 bagi pakej 200 gram.

“Serunding ini dihasilkan dalam tempoh lapan jam menggunakan dapur arang kayu oleh pembuatnya di Tumpat, Kelantan. “Untuk kerja-kerja pembungkusan dan pelabelan, saya lakukan di Kampung Ramuan China Besar, Melaka,” katanya.

Dalam tempoh PKP, katanya, beliau berjaya menjual sekitar 450 kilogram dengan keuntungan kasar kira-kira RM44,000.

Beliau berhasrat mendalami bidang perniagaan makanan dan bercadang mempelbagaikan lagi jualan makanan segera seperti kuih peneram dalam masa terdekat. Malah, beliau juga sedang dalam proses memohon sijil halal untuk produk Serunding Khalifa.

“Saya harap orang ramai dapat menyokong produk tempatan ini. Keuntungannya kelak boleh dikongsi bersama demi memperkasakan ekonomi Islam,” katanya.

– Sinar Harian

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember

KUALA LUMPUR - Pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak bermula serentak hari ini, di semua Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...