140 Pesakit Covid-19 Pulih, 10 Kes Jangkitan Baru Hari Ini – KKM

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 10 kes baharu COVID-19 melibatkan penularan dalam negara hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tiga kes berkenaan adalah bukan warganegara dan tujuh kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Manakala, tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan.

“Bagi tiga kes jangkitan dalam negara di kalangan bukan warganegara, ia melibatkan masing-masing satu kes melibatkan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8455) di Kuala Lumpur, satu kes di Akademi Imigresen Malaysia, Port Dickson di mana kes ini merupakan Orang Kena Tahan (OKT) yang dipindahkan ke sana daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil.

“Satu kes saringan pra pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS),” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.

Tujuh kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia pula melibatkan lima kes di Selangor, dan masing-masing satu kes di Sarawak serta Sabah.

“Di Selangor, empat kes Kluster Warga Emas Kuala Selangor iaitu kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8490) dan satu kes saringan pusat Tahfiz.

“Di Sarawak, satu kes kontak rapat kepada kes positif COVID19 (kes ke-8453). Beliau juga merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8453.

“Di Sabah, satu kes kontak rapat kepada kes positif COVID19 (ke-8403 iaitu kes kematian ke-120),” jelasnya lagi.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 521 kes dan mereka telah diasingkan serta diberi rawatan.

Pada masa sama, jelasnya, 140 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,873 kes.

Bagaimanapun, katanya tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan dan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal 121 kes.

Tambah beliau, sehingga kini, empat kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat