Rafizi, Nik Nazmi letak jawatan Ahli Parlimen, keluar PKR sertai Parti Bersama Malaysia

PETALING JAYA – Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengumumkan peletakan jawatan masing-masing sebagai Ahli Parlimen Pandan dan Ahli Parlimen Setiawangsa berkuat kuasa esok, Isnin 18 Mei 2026.

Pengumuman dramatik itu dibuat dalam majlis “Pengumuman Hala Tuju Politik” di PJ Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya yang turut menyaksikan kedua-dua pemimpin tersebut mengumumkan keluar daripada PKR mulai Selasa dan menyertai Parti Bersama Malaysia.

Rafizi berkata beliau akan menulis secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat esok bagi memaklumkan keputusan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan.

“Saya akan mengumumkan, saya akan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan berkuat kuasa esok iaitu hari Isnin, 18 Mei 2026.

“Saya akan menulis secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat esok untuk memaklumkan keputusan saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen dan mengosongkan kerusi Parlimen Pandan,” katanya.

Nik Nazmi turut membuat pengumuman sama membabitkan kerusi Parlimen Setiawangsa.

“Saya Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa dengan ini mengumumkan saya akan mengosongkan kerusi P118 Parlimen Setiawangsa berkuat kuasa esok, Isnin 18 Mei 2026.

“Saya akan menulis secara rasmi kepada Speaker Dewan Rakyat esok untuk memaklumkan keputusan ini,” katanya.

Kedua-dua mereka turut mengumumkan akan keluar daripada PKR mulai Selasa, 19 Mei 2026 sebelum menyertai Parti Bersama Malaysia atau Malaysian United Party (Parti MU), sebuah parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 dan berpangkalan di Pulau Pinang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat