Anwar dah mula ‘lembut’ soal tahanan rumah Najib – KJ

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat ‘bungkam’ soal tahanan rumah membabitkan Datuk Seri Najib Razak namun kini beliau sudah mula bersuara dan berlembut terhadap isu pengampunan berkenaan.

Menurut Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kenyataan Anwar sudah berubah ketika sesi temu bual ‘In Conversation With Prime Minister of Malaysia’ sempena Forum Ekonomi Doha (DEF) 2024 di Qatar bahawa Najib perlu melalui proses yang sedang berjalan termasuk perbicaraan di mahkamah membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) apabila ditanya pendirian beliau berkenaan isu pengampunan Najib terutama terkait titah adendum melibatkan tahanan di rumah.

“Saya nampak Anwar dah buka ruang untuk perkara ini untuk dipertimbangkan.

“… dan juga walaupun Anwar sentiasa menyatakan ini adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong tetapi dia dah mula insert diri dia sebagai Perdana Menteri bahawa beliau boleh menasihat (tahanan rumah) mungkin selepas 1MDB.

“Jadi itu adalah isyarat perkara (tahanan rumah) ini boleh jadi.

“Ini adalah satu pendirian yang mula ‘lembut’ mula berubah sebab dulu kata tak bincang langsung di Kabinet,” kata Khairy ketika audio siar Keluar Sekejap yang dimuat naik pada Jumaat.

Bagaimanapun pendapat bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan sedikit berbeza dengan Khairy.

“Perdana Menteri kata selesaikan 1MDB dulu sebelum buat tahanan rumah, jadi saya tak rasa itu posisi yang akan digemari oleh Umno ataupun penyokong Datuk Seri Najib.

“Bacaan saya masih still no sebab 1MDB lama lagi untuk selesaikan semua jika ia berterusan.

“Kepada saya ia lebih kepada more no than yes itu pun jika proses 1MDB akan berterusan tapi kita tak tahu,” ujar Shahril.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat