Zahid maklumkan pendirian akar umbi Umno berkenaan kalimah Allah kepada PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan pandangan dan pendirian akar umbi Umno terhadap isu kalimah Allah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pagi tadi, sebelum mesyuarat Kabinet bermula, saya bersama Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi menzahirkan pandangan dan pendirian akar umbi Umno terhadap isu kalimah Allah.

“Alhamdulillah, Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk terus mempertahankan ketetapan dasar Kerajaan berkenaan isu penggunaan kalimah Allah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutaan pada 2014.

Pada masa yang sama kata Zahid lagi, kerajaan akan memperkemaskan isu-isu penguatkuasaan terhadap dasar penggunaan Kalimah Allah dan memutuskan untuk mempersembahkan cadangan-cadangan kepada Majlis Raja-Raja.

“Ini bagi memastikan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sebagaimana peruntukan Perlembagaan akan terus terpelihara di samping mengekalkan perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan agama di Malaysia,” kata Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat