Majlis Ulama Umno saran kerajaan perbetul kesilapan Mahkamah Tinggi isu kalimah Allah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Majlis Ulama Umno berharap kerajaan melakukan yang terbaik selaras dengan peruntukan undang-undang bahawa kalimah Allah adalah hak eksklusif umat Islam sekali gus membetulkan kesilapan di Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, Majlis Ulama Umno berpendirian bahawa Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland ini telah terkhilaf membuat keputusan dan sangat wajar untuk kes ini diteruskan di peringkat Mahkamah Rayuan.

“Isu larangan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam di Malaysia telah dinoktahkan oleh Mahkamah Rayuan dipengerusikan oleh Tan Sri Apandi Ali pada 2013 dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Tun Arifin Zakaria pada 2014 dalam kes Menteri Dalam Negeri v Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur.

“Justeru, tiada isu berbangkit bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain dalam konteks Malaysia. Apatah lagi dengan adanya enakmen-enakmen peringkat negeri yang memberi perlindungan terhadap hak ekslusif umat Islam di Malaysia dalam menggunakan kalimah Allah,” katanya semalam.

Tambah Majlis Ulama Umno, ada pun isu kes Mahkamah Tinggi melibatkan Jill Ireland mencabar tindakan pegawai kastam yang merampas 8 cakera padat audio pendidikan Kristian daripada Indonesia yang mempunyai kalimah Allah pada tajuknya pada 11 Mei 2008 dengan dakwaan bahawa CD tersebut untuk kegunaan peribadinya, ia tetap tidak akan mengubah hak mutlak orang Islam menggunakan kalimah Allah dalam negara ini sebagaimana disahkan oleh Mahkamah Persekutuan. Malah dalam penghakiman kes Jill Ireland ini Hakim menegaskan beliau tidak akan menyentuh mengenai hak penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam yang menjadi kontroversi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat