Bersatu tak halang PAS bersama MN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS dikatakan masih teguh dan istiqamah untuk terus berada dalam Perikatan Nasional (PN), tegas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi PN itu berkata, perkara itu dinyatakan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan pada Aidilfitri lalu.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau tidak menghalang mana-mana parti di bawah PN untuk bekerjasama dengan Muafakat Nasional (MN) atas prinsip penyatuan ummah.

“Tak apa, kita tidak menghalang mereka (PAS sertai MN), akan sampai tahap nanti dapat keputusan muktamad. Jadi tak jadi atau sebagainya.

“Tapi disebut PN, kita (BERSATU dan PAS) masih dalam PN. PAS dalam pertemuan dengan saya pada hari raya baru-baru ini bersama presiden dan setiausaha agungnya menyatakan mereka beristiqamah dalam PN.

“Tapi apa PAS nak buat, ada usaha tertentu tak apalah. (Namun) kita tetap akan duduk semeja bincang apa yang terbaik untuk PN dan apa yang penting terbaik untuk negara,” katanya memertik BH di Putrajaya pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bahawa parti berkenaan akan terus menjalinkan kerjasama dengan UMNO kerana agenda penyatuan ummah adalah tunjang utama dalam MN.

Ahmad Samsuri dilaporkan berkata, agenda penyatuan ummah adalah lebih besar berbanding ‘survival’ atau kelangsungan mana-mana parti politik tertentu

“Perjuangan PAS tidak bersandarkan kepada agenda kepartian atau survival politik parti-parti tertentu semata-mata, sebaliknya melihat kepada agenda lebih besar iaitu penyatuan ummah.

“Kita akan terus berusaha melakukan perbincangan bersama UMNO demi memastikan kerjasama terjalin antara dua parti terus utuh walaupun ada sesetengah pemimpin menyifatkan MN sudah berkubur,” katanya.

Sementara itu, pada awal bulan ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan mustahil MN diteruskan jika PAS terus memperlihat sikap talam dua muka.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana parti PN untuk mengambil sebarang langkah untuk berpegang kepada prinsip penyatuan ummah.

“Kita dulu pun cuba MN, tetapi ditolak walaupun tidak dijawab secara rasmi. Jadi PAS yang nak ambil usaha berkenaan, sama ada itu akan berhasil atau tidak, itu Wallahualam.

“Saya tidak dapat memastikannya kerana kenyataan daripada pihak UMNO termasuk presidennya menyatakan bahawa sudah sampai masa, tidak akan ada lagi MN,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat