PUTRA Cadang Parlimen Dibubar, Pentadbiran Serah Kepada MAGERAN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Yang di-Pertuan Agong memanggil Mesyuarat Khas Majlis Raja-raja untuk memutuskan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, kata Presiden Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (Putra) Datuk Dr Ibrahim Ali.

Ibrahim menjelaskan sekiranya mesyuarat mendapati kedudukan Muhyiddin tidak sah maka pelantikan seorang Perdana Menteri baharu yang mempunyai majoriti dewan Dewan perlu dibuat.

Katanya, Perdana Menteri baharu berkenaan juga boleh memohon sembah perkenan Agong agar Parlimen dibubarkan dan kuasa pentadbiran diserah kepada Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

“Ia sama seperti Darurat 13 Mei 1969. Darurat mesti di manfaat sepenuhnya. Darurat 13 Mei 69 kerana permusuhan kaum yang menyebabkan kematian.

“Ancaman Covid 19 juga mengakibatkan kematian lebih ramai dari rusuhan 13 Mei 1969. Ia soal nyawa rakyat mesti di dahulukan. Ini lah tujuan Darurat dan bukan sebab-sebab kepentingan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, disebabkan Parlimen tidak bersidang maka Ahli Parlimen serta ADUN tidak berfungsi sekali gus ‘makan gaji buta’ selain jumlah Menteri yag terlalu ramai dan membazir.

“Saya yakin rakyat akan bertambah tenang dan kegawatan politik boleh diredakan buat sementara sehingga keadaan pulih seperti pengalaman yang tercetus akibat trajedi 13 Mei 1969.

“PRU15 boleh diadakan mungkin selepas MAGERAN menjalankan operasi negara mungkin dalam tempoh dua tahun. Pasti ia berjaya bila tidak ada gangguan dan terlalu politiking dan ada pihak menangguk di air yg keruh,” katanya.

MAGERAN merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat berikutan peristiwa 13 Mei selepas sistem kerajaan berparlimen di Malaysia digantung.

Mengulas lanjut, beliau berkata, keberkesanan kerajaan menangani Covid-19 dan pemulihan ekonomi rakyat dan negara amat mengecewakan.

“Jumlah kematian kumulatif akibat Covid-19 setakat ini 1,902 orang dan kematian pada 16 Mei 2O21 adalah 36 orang.Apa kesudahan nya? Yang dalam ICU bilangannya amat menakutkan. Kematia lebih dari peristiwa 13 Mei 1969,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ibrahim berkata, Israel telah membuat kenyataan terbuka akan menyerang Hamas di seluruh dunia dan menyebut Malaysia salah satu sasarannya.

“Ini terlalu serius dan rakyat serta pasukan keselamatan sama ada polis atau tentera wajib bersedia menghadapi sebarang kumungkinan.

“Segera kan proses meletakkan pentadbiran negara di bawah pasukan MAGERAN yang berwibawa,berintegriti dan berpengalaman,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat