Tunku Besar Tampin terima mengadap anak jati, pengasas Batik Air

TAMPIN, — Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Batik Air Malaysia, Datuk Chandran Rama Muthy mengadap Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri dalam satu kunjungan penuh mesra di Balai Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini.

Tunku Syed Razman menyifatkan kehadiran Chandran sebagai satu kebanggaan kepada daerah itu, sekali gus membuktikan anak jati Tampin mampu mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa, termasuk dalam industri penerbangan.

Baginda turut menyeru lebih ramai anak Tampin yang berjaya dalam pelbagai bidang untuk tampil berkongsi pengalaman dan kepakaran bagi menjadi inspirasi kepada generasi muda.

“Diharapkan perkongsian pengalaman dan kejayaan mereka akan menjadi motivasi untuk lebih ramai anak-anak muda dan pelajar di Tampin berusaha lebih gigih demi menggapai cita-cita serta masa depan yang cemerlang,” titah baginda.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah mantan Pengurus Kanan Keselamatan Operasi PETRONAS di Iraq, Zaharudin Abd Hamid; Pegawai Bahagian Penterjemahan dan Bimbingan di Masjid al-Haram, Sheikh Haji Muhammad Jamil Mujahed; Pengasas dan Pengarah Urusan Teraju Construction Sdn Bhd, Fakhrul Nazhi Hanaffi; serta Pengasas dan Pengarah Urusan Emreka Group Sdn Bhd, Mohd Kasarudin Suudi.

Dalam pertemuan itu, Tunku Syed Razman turut menasihatkan anak-anak Tampin yang menerajui jabatan kerajaan dan sektor swasta agar kembali menyumbang kepada pembangunan daerah berkenaan supaya setanding dengan bandar lain di dalam dan luar negara.

Sementara itu, Chandran, 46, berkata beliau tidak pernah melupakan pengalaman membesar dan mendapat pendidikan di Tampin yang banyak membentuk jati diri serta ketahanan dalam menghadapi cabaran hidup.

“Pelbagai cabaran termasuk konflik di Timur Tengah menuntut kekuatan minda serta keupayaan untuk merencana semula perniagaan agar terus bertahan,” katanya.

Dalam suasana santai, baginda turut membawa Chandran melawat sekitar Balai Kediaman Rasmi yang menyimpan pelbagai sejarah daerah tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat