TMJ derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mendermakan rumput jenis hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, inisiatif itu dititahkan selepas baginda mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Setiausaha Agung Konfedarasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John pada Selasa.

“Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional Bukit Jalil telah menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih memenuhi keperluan stadium pelbagai guna kerana ketahanan dan fleksibilitinya sesuai untuk acara sukan serta bukan sukan.

“Berdasarkan hasil kaji selidik tersebut dan kejayaan penyelidikan yang dijalankan oleh Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim di Larkin, Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor akan mendermakan rumput jenis hibrid yang sedang ditanam di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos kepada Stadium Nasional,” kata kenyataan itu.

Rumput Zeon Zoysia yang didermakan oleh Baginda kepada Stadium Nasional sebelum ini akan dibuka dan dipasang di padang Majlis Sukan Negara, KL Sports City.

Padang tersebut sering digunakan oleh Sekolah Sukan Bukit Jalil dan pasukan-pasukan bola sepak negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat