Sekretariat Perpaduan bincang gerak kerja PRK Kuala Kubu Baharu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mesyuarat Sekretariat Perpaduan yang diadakan malam tadi membincangkan persediaan memperkukuh jentera dan gerak kerja parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil mesyuarat yang dipengerusikan beliau itu akan dibentang dalam Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merangkap Presiden PKR.

“Hadir ke WTC malam tadi bagi mempengerusikan Mesyuarat Sekretariat Perpaduan bersama rakan-rakan pimpinan.

“Perbincangan malam ini adalah sesi persediaan memperkukuh jentera serta gerak kerja Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu dan hasil mesyuarat ini akan dibentangkan ke Mesyuarat Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan yang akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Perbincangan malam ini berlangsung dengan cukup baik dan harmoni juga adalah sebahagian dari terjemahan kepada persefahaman yang “intact, compact and functioning”.

“Insya-Allah, Perpaduan untuk Dun Kuala Kubu Bharu,” katanya.

Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Angkatan Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Aiman Athirah Sabu dan Timbalan Setiausaha Agung DAP Liew Chin Tong.

Pada 3 April lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu di Selangor itu pada 11 Mei ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 27 April ini manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Kerusi DUN Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat