Perak usahakan 11,000 hektar tanah terbiar tanam padi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perak menemui usaha untuk mengusahakan semula tanah-tanah terbiar dengan tanaman padi ketika negara sedang bergelut dalam krisis kekurangan beras putih tempatan (BPT).

Sebagai perintis, Kerajaan Negeri Perak akan memulakan projek tanaman padi di kawasan tanah terbiar seluas lapan hektar di Kampung Kandang Hulu, Mukim Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar.

Menurut Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun, projek perintis itu adalah hasil kajian Stesen Penyelidikan Padi dan Beras, Universititi Sultan Azlan Shah (USAS).

Beliau berkata, projek tersebut akan menggunakan varieti padi NMR 152 yang dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia pada 2021.

“Jenis ini adalah tahan daripada cuaca, serangan penyakit dan yang lebih menariknya ialah dia tidak menggunakan banyak air seperti padi-padi tanaman padi yang lain.

“Memadai dengan keadaan air yang mungkin dalam semasa dalam satu sentimeter semasa untuk menentukan bahawa tanah itu tidak merekah,” katanya lapor Astro Awani di Ipoh.

Kata Zolkafly, pihak USAS juga akan melaksanakan projek tanaman padi di dalam polibag di halaman 20 buah rumah di kampung sama.

Selain itu, jelas beliau, pihaknya merancang untuk turut memulakan projek tersebut di perkampungan Orang Asli seluruh negeri, bermula di kawasan Dewan Undangan Negeri Lintang.

Katanya, sekiranya berjaya, projek itu dilihat mampu membantu menyelesaikan isu sekuriti makanan kerana terdapat lebih 11,000 hektar tanah terbiar di Perak.

Sementara itu, Naib Canselor USAS, Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof berkata, kerja-kerja awal projek itu telah dimulakan dengan penglibatan pemilik tanah berkenaan.

“Sebenarnya projek ini sudah pun mula, perbincangan dengan ketua-ketua kampung, kenal pasti tanah-tanah terbiar di kawasan pun sudah dibuat, lawatan pun sudah dibuat, secara tidak rasminya sudah bermula.
“Kita jangkakan dalam tempoh enam bulan, kita akan nampak perkembangan projek ini.

“Padi tersebut hanya akan mengambil masa 110 hari dan dalam tempoh enam bulan Insya-Allah akan nampak hasil,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan kajian, projek tanaman padi itu mampu mengeluarkan hasil antara lapan hingga sepuluh metrik tan sehektar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat