Gunung Ruang meletus tiga kali, penduduk diarah kosongkan pulau

- Advertisement -

JAKARTA- Sekurang-kurangnya 800 penduduk di Wilayah Sulawesi Utara dipindahkan susulan Gunung Ruang meletus.

Gunung berapi yang terletak di pulau Ruang, kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado, meletus lebih tiga kali sejak semalam.

Pihak berkuasa mempertingkatkan tahap amaran ke tahap kedua tertinggi berikutan peningkatan aktiviti, kata seorang pegawai Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi Indonesia (PVMBG), Heruningtyas Desi Purnamasari.

Letusan Gunung Ruang dicetuskan gempa bumi baru-baru ini di pulau itu dan gunung itu dalam keadaan berbahaya kerana mengeluarkan asap panas setinggi 1.8 kilometer, lapor Reuters.

“Kita perlu mengosongkan pulau itu kerana kita menjangkakan akan ada lebih banyak letusan. Tiada aktiviti dibenarkan dalam jarak empat kilometer dari kawah,” katanya.

Rakaman menunjukkan aliran lava merah mengalir menuruni gunung dan ia dipantulkan di permukaan air serta asap kelabu berkepul di atas kawahnya.

Pulau Ruang adalah rumah kepada 838 penduduk, kebanyakan mereka dipindahkan ke pulau Tagulandang terdekat, kata Heruningtyas.

Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, kawasan aktiviti seismik tinggi yang terletak di atas beberapa plat tektonik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat