Sivakumar Sangkal Rumah Digeledah SPRM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, menafikan laporan media kononnya kediaman beliau digeledah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketika diasak persoalan terbabit berulang kali susulan siasatan membabitkan kes pengambilan pekerja asing, beliau sekadar memberi jawapan ringkas kepada pemberita.

“Tidak ada, tidak ada,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Pra Pelancaran Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di Putrajaya, pada Isnin lapor BH.

Terdahulu, tular berita mendakwa SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Menteri Sumber Manusia itu.

Ia dikatakan sebahagian daripada siasatan dijalankan SPRM susulan dakwaan kes rasuah dalam pengambilan pekerja asing yang turut membabitkan beberapa pegawai kanan kementerian terbabit.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat