Program Kembara Perpaduan @Kampus Kukuhkan Nilai Jati Diri Mahasiswa – Aaron Ago

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini melancarkan Program Kembara Perpaduan @ Kampus julung kalinya dengan kerjasama UiTM Cawangan Selangor dan Yayasan Sukarelawan Siswa.

Program tersebut dilancarkan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang di Dewan Kuliah 500, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Kementerian itu berkata, sesuai dengan peranan belia yang sangat besar dalam pembentukan sesebuah negara, maka sumbangan dan penyertaan belia sangat diperlukan khususnya dalam menjayakan aspirasi Malaysia MADANI.

Justeru itu, Kementerian telah mengambil langkah proaktif dalam mempertingkat penglibatan belia melalui inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus.

“Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) yang diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara mulai Disember 2022 berperanan untuk melahirkan pemimpin sukarelawan dalam kalangan mahasiswa yang merupakan salah satu usaha ke arah membudayakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

“YSS kini merupakan salah satu jentera di bawah KPN yang bertindak untuk membantu KPN dalam menggerakkan program Kementerian dan Jabatan di Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dengan lebih aktif lagi terutamanya aktiviti-aktiviti di bawah inisiatif Kembara Perpaduan @ Kampus

“Kembara Perpaduan @ Kampus adalah merupakan program yang berorientasikan pengukuhan nilai jati diri dan semangat perpaduan dalam kalangan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi dengan memberi fokus kepada program-program yang melibatkan mahasiswa berteraskan tiga (3) kluster utama Kembara Perpaduan Malaysia MADANI meliputi Semarak Kenegaraan; Semarak Perpaduan; dan
Program Komuniti RAHMAH,” kata KPN, menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pelbagai program telah diatur di bawah Program Kembara
Perpaduan @ Kampus yang berkonsepkan Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

“Program-program ini akan digerakkan secara bersama oleh Yayasan Sukarelawan Siswa dan Sekretariat Rukun Negara seluruh Malaysia.

“Kolaborasi program ini juga akan diperluas dengan penglibatan agensi-agensi belia seperti Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Pertubuhan-Pertubuhan Belia dan NGO,” katanya.

Pada majlis yang sama, Program Chit Chat Belia yang bertemakan “MADANI: Bersediakah Kita?” telah diadakan dan dibarisi oleh panel seperti Pow Mei Foong (Atlet Bola Jaring Kebangsaan), Ahmad Danial Nor Amin (Mahasiswa Jurusan Undang-Undang), dan Mohammad Imral Aqil Mohd Salehuddin (Penyampai Radio).

“Program ini telah disertai oleh lebih 2,000 orang mahasiswa (termasuk penyertaan dalam talian) dan mereka terdiri daripada ahli SRN dari beberapa IPT seluruh Malaysia.

“Sebanyak 8 siri Program Chit Chat Belia akan dilaksanakan di seluruh negara pada tahun ini,” kata KPN.

Sementara itu Datuk Aaron Ago Dagang berkata, aktiviti-aktiviti ke arah pengukuhan pengetahuan, pemahaman, penghayatan, penilaian dan pengamalan Rukun Negara dalam kalangan mahasiswa wajar diberi penekanan khususnya dalam membangun Malaysia MADANI.

“Justeru, program seumpama ini dilihat berupaya dijadikan platform mahasiswa untuk memperkasa semangat patriotisme, saling mempererat hubungan toleransi antara kaum dan menyemai semangat kebersamaan demi kemajuan negara,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat