Pelakon Iklan Judi Raya Dibayar Upah RM180 – Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Barisan pelakon yang terbabit dalam pembikinan video iklan bertema raya mempromosi judi dalam talian yang tular di media sosial semalam, hanya dibayar upah sebanyak RM180 seorang.

Ini dimaklumkan oleh individu (pelakon) yang ditahan semalam, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah.

“Melihat kepada kedua-dua video yang tular, individu yang bertindak sebagai pelakon merupakan individu yang berbeza, namun kita percaya mereka saling mengenali antara satu sama lain,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini hari ini, seperti dilaporkan Kosmo! Online.

Zainal berkata, seramai sembilan orang telah ditahan, iaitu lapan orang semalam manakala seorang lagi diberkas hari ini.

“Lapan individu, terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita, iaitu produser/pengarah video, pelakon, ejen artis, juruvideo atau kamera berjaya diberkas semalam.

“Bagaimanapun, enam daripadanya, iaitu lima pelakon dan produser video, dibebaskan selepas permohonan polis untuk menahan reman mereka ditolak hari ini oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur,” kata beliau.

Dua lagi individu yang ditahan diteruskan reman bermula hari ini hingga Rabu depan, tambah beliau.

Terdahulu, sebuah iklan mempromosikan aktiviti perjudian yang menggunakan lagu Aidilfitri sebagai muzik latar, mengundang kecaman netizen kerana menyinggung sensitiviti umat Islam.

Iklan selama dua minit yang dikeluarkan syarikat judi, GDBet333, itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam dan mengajak orang ramai meraih wang berganda menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi mencari dana untuk berhari raya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat