KJ, Shahril, Noh Boleh Bantu Bersatu Cipta Kemenangan Di Selangor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu Selangor sedia memberi ruang termasuk menerima bekas pemimpin Umno sekiranya kehadiran mereka boleh membantu terutama dalam memberikan kemenangan kepada parti dalam pilihan raya negeri (PRN) nanti.

Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari, berkata antara bekas pemimpin Umno terbabit termasuklah bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar; bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin serta bekas Naib Ketua Umno, Shahril Hamdan.

Beliau mengakui, pihaknya terbuka untuk mencalonkan individu boleh menang.

“Itu (penerimaan bekas Umno dalam Bersatu) belum diputuskan…mungkin ada cakap-cakap mengatakan mereka bersama kita, tetapi buat masa ini belum ada keputusan muktamad tentang calon-calon ini.

“Pokoknya dalam proses menamakan calon ini, kita lihat siapa calon boleh menang. Kalau kita fikirkan calon-calon ini boleh menang dan boleh bantu Bersatu, apa salahnya,” katanya lapor BH di Shah Alam pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, hari ini.

Laporan polis secara serentak oleh semua 22 Bahagian Bersatu di Selangor berkaitan fitnah dan penganiayaan terhadap Muhyiddin dan Bersatu.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, sama ada bekas pemimpin Umno itu akan mewakili Bersatu atau tidak sekiranya diterima menyertai parti berkenaan belum diputuskan lagi.

Tiga pemimpin itu antara yang dikenakan tindakan pemecatan oleh Umno sebelum ini selepas didakwa terbabit dengan tindakan sabotaj terhadap parti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat