KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak pernah sesekali menyatakan beliau tidak bersetuju untuk membubarkan Parlimen,” kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Katanya, hal itu dinyatakan Ismail Sabri setelah beliau menghantar teks pesanan menyatakan rasa tidak setuju dengan layanan biadab yang diterima Ismail Sabri dalam satu insiden ketika pengumuman pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini.
Katanya, dia menghantar teks pesanan tersebut setelah dimaklumkan bahawa Ismail Sabri berdepan sorakan “bubar” oleh sekumpulan orang dalam lawatannya di Johor.
“Saya (hantar) teks Perdana Menteri saya kata saya tak setuju, kurang adabnya. Segelintir melakukan sedemikian. Dan kena ingat, Perdana Menteri jawab dia kata dia tidak pernah sekali pun mengatakan dia tak setuju untuk membubarkan Parlimen. Betul atau tidak? Pernah dengar atau tidak, PM kata dia taknak bubar parlimen? Pernah?
“Di sinilah platfrom kita (PAU). Sebab itu bila berlaku di Johor, sikap kurang adab dan biadab, memalukan PM dengan menjerit memekik bubar,bubar. Saya tak tahu apa, kami berada dalam dewan. Tapi mereka sebut benda ni ada, saya keluar tengok, saya tengok takda seorang pun pemuda-pemuda kita. Ini bukan pemuda. Tak ada adab,” bidas Asyraf dalam ucapannya pada Khamis.
Hal demikian beliau mengingatkan perkara berhubung pembubaran Parlimen seeloknya dibincangkan di peringkat “top 5” pucuk pimpinan tertinggi UMNO yakni melibatkan Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib Presiden UMNO.
“Tetapi kita telah putuskan bahawa (PRU-15) biar dibincangkan di peringkat top 5. Itu ketetapan kita, sebab itulah isu ini tak perlu timbul dalam konteks satu pihak nak bubar, satu pihak tak nak bubar.
“Sebabnya inilah yang saya sebut dalam ucapan daripada awal, adanya batu ronson, batu api, tukang kipas, tukang cucuk. Ini ada jugak yang terlolong. Kita semua sokong PM,” tegas beliau.
Asyraf mengingatkan perwakilan UMNO agar tidak bersengketa di pentas PAU ini.
“Jangan memalukan UMNO, seolah-olah pentas PAU kali ini akan wujudkan persengketaan dan perbezaan antara kita,” ujarnya.