Tak batal puasa suntik vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suntikan vaksin Covid-19 tidak membatalkan puasa individu yang mendapatkannya pada Ramadan akan datang.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata mana-mana suntikan tidak membatalkan puasa kerana bukan membabitkan rongga terbuka.

Malah, katanya, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang.

“Mungkin ada yang risau jika giliran suntikan jatuh ketika Ramadan, namun ingin diingatkan semua suntikan berkenaan tidak membatalkan puasa.

“Jika sampai ke halkum barulah puasa itu dikira terbatal,” katanya memetik Berita Harian.

Lebih 14,000 individu di Kelantan sudah menerima suntikan vaksinasi fasa pertama.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin, dilaporkan berkata, mereka adalah petugas pasukan barisan hadapan dan proses vaksinasi masih berlanjutan bagi kumpulan itu. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat