“Hukumlah diri sendiri, PAS hanya mengambil manfaat daripada politik lompat-melompat” – Abdul Hadi

KUALA LUMPUR – Jangan hukum PAS sekiranya ada pihak yang keluar PAS atau melompat masuk menyertai parti itu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu sebaliknya berkata, PAS hanya mengambil manfaat daripada politik lompat parti yang berlaku.

“Maka, janganlah menghukum PAS apabila ada golongan yang melompat keluar meninggalkan PAS atau menyertai PAS, sehingga terdapat mereka yang beberapa kali melompat keluar dan masuk PAS semula.

“Hukumlah diri sendiri, PAS hanya mengambil manfaat daripada politik lompat-melompat.

“Hanya mereka yang melompat dengan niat yang tidak ikhlas bersama PAS sahaja akan patah kakinya. Namun, ahli PAS yang setia tetap tidak akan patah semangat,” katanya dalam catatatan Minda Presiden di Facebooknya hari ini.

Menurut Abdul Hadi, sejak penubuhannya, PAS memang “paling berpengalaman” menghadapi perangai melompat parti.

PAS katanya, sentiasa membuka pintu dan menerima semua pihak yang mahu masuk dan keluar daripadanya, bahkan menjadi tempat persingahan sementara buat pemimpin parti yang dipecat daripada parti masing-masing.

Ini katanya, termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad (1969), Tengku Razaleigh Hamzah (1990) serta Datuk Seri Anwar Ibrahim (1998) – ketiga-tiganya daripada Umno.

PAS juga, tambah Abdul Hadi, pernah bekerjasama dengan pelbagai pihak, antaranya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diterajui presidennya sendiri Burhanuddin al-Helmi; Parti Negara pimpinan Onn Jaafar; Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

Ada antara parti itu kini terkubur setelah ahlinya melompat keluar daripada parti, dan hal itu, kata Abdul Hadi, bukan salah PAS.

PAS juga bekerjasama dengan parti seperti PKR dan DAP, yang kemudiannya bekerjasama dengan parti serpihan PAS sendiri, Amanah bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

“Sekarang mereka sudah bercakaran antara satu sama lain berebut ahli sesama mereka, dan sekali lagi itu juga bukan salah PAS,” katanya.

Bagi mereka yang pernah melompat keluar daripada PAS, kata Abdul Hadi, mereka itu adalah golongan yang gagal proses tarbiahnya.

Namun, dia menyifatkan keluarnya mereka daripada parti sebagai “menyembuhkan penyakit” dalam jemaah PAS, iaitu sikap tidak sabar dan menginginkan kemenangan secara gopoh.

“Maka, PAS tidak menjadikan lompat parti sebagai suatu perkara yang boleh menghalang perjalanannya. Hal yang demikian kerana, mereka yang melompat keluar itu gagal berintegriti, manakala pendatang baharu pula dapat menyesuaikan diri bersama PAS.

“Namun, mereka yang gagal proses tarbiahnya selepas itu, biarkan dirinya melompat keluar lagi sehingga patah kaki.

“PAS akan tetap selamat, selagi Islam menjadi jasad dan rohnya,” katanya lagi. -SuaraTV

Topik Hangat

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Pergi Jahanam Dengan Arahan Ahmad Maslan – Nazri Aziz

CYBERJAYA: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memaklumkan beliau dilarang membuat kenyataan tentang UMNO. Bercakap kepada sebuah portal, Nazri berkata larangan...

Berita Berkaitan

Dr M dan Pejuang boleh sertai PN tapi tak boleh letak syarat – Hamzah

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata Perikatan Nasional (PN) sedia menerima pengikut baharu ke dalam gabungan itu sekiranya bekas...

Adham kecewa kes harian Covid-19 tak turun kepada 500

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba tidak dapat menyembunyikan kekecewaan apabila mengakui unjuran penurunan kes positif Covid-19 pada Mei ini...

Tiada Cadangan Laksana PKP Secara Menyeluruh – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan satu lagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyeluruh, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, PKP...