KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, menegaskan bahawa tindakan undang-undang perlu diambil terhadap individu yang menghina antara kaum dan bukan sekadar berakhir dengan permohonan maaf.
“Saya minta tindakan seperti ini yang menghina antara kaum perlu dikenakan tindakan undang-undang, bukan hanya berakhir dengan meminta maaf sahaja.
“Tidak kira siapa pelakunya, tindakan undang-undang perlu dikenakan agar menjadi pengajaran kepada pihak yang lain.
“Kalau tidak, budaya sebegini yang buat dulu lepas tu minta maaf akan semakin berleluasa dan semakin mudah golongan-golongan ini terlepas!” katanya.
Beliau menegaskan bahawa tanpa tindakan tegas, kejadian penghinaan kaum akan terus berulang dan menjadi semakin sukar dikawal.