Kontrak Asyraf sebagai Pengerusi MARA disambung 2 tahun lagi, anggap bukan kemasyhuran

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyambung kontrak Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi MARA untuk tempoh dua tahun lagi.

Asyraf dalam perkongsian di media sosialnya memaklumkan beliau akan menggalas tanggungjawab ini sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.

“Pagi ini menerima watikah pelantikan untuk penyambungan sebagai Pengerusi MARA bagi tempoh 2 tahun bermula 1 Mac 2025 daripada Datuk Seri Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Pesanan Datuk Seri Zahid, “Asyraf, MARA adalah institusi orang Melayu-Bumiputera, perkasakan MARA untuk terus martabatkan agenda pendidikan dan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera.

“Insya-Allah tanggungjawab yang digalaskan ini akan saya laksanakan sebaik mungkin dengan penuh jujur dan amanah kerana ia bukan satu bentuk kemasyhuran (tasyrif) tetapi beban tanggungjawab besar (taklif) yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.

“Mohon rakan-rakan doakan saya agar dipermudahkan untuk melaksanakan amanah bangsa dan agama ini,” catat Asyraf.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat