2 kilang haram e-waste dari China dibongkar di Pahang, rampasan cecah RM401 juta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sindiket pemprosesan sisa elektronik (e-waste) dan sisa berjadual yang beroperasi secara haram di dua kilang masing-masing di daerah ini dan di Pekan tumpas dalam Op Hazard kelmarin.

Hasil serbuan serentak di dua premis iaitu di Ladang Kelapa Sawit Simpai di Pekan dan kawasan perindustrian Gebeng, di Kuantan, pelbagai barangan termasuk mesin bernilai RM401 juta dirampas.

Serbuan Op Hazard itu membabitkan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Batalion 7 PGA, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuantan dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

Briged Tenggara PGA memaklumkan pihaknya menemukan puluhan guni mengandungi pelbagai e-waste dan sisa berjadual seperti ‘black powder’ (tembaga/nikel), lebih 670 tan perak yang belum dan sudah diproses.

Turut ditemukan campuran barangan terjadual, pelbagai mesin dan jentera memproses bahan pelupusan ditemui dalam kilang yang beroperasi tanpa dokumen sah daripada JAS itu.

“E-Waste dan sisa berjadual ini dipercayai dibawa masuk dari China untuk diproses dan dijual semula ke pasaran luar negara.

“Anggaran nilai rampasan mencecah RM410 juta dan kes disiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Kanun Tanah Negara Akta 828,” katanya menerusi hantaran Facebook Briged Tenggara PGA Rasmi.

Hasil serbuan itu, seorang lelaki tempatan serta dua lelaki warga China dan Bangladesh yang menjadi penjaga premis ditahan untuk membantu siasatan.

Semua barang rampasan diserahkan kepada JAS Kuantan dan UPNP untuk tindakan selanjutnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat