Kos Selenggara Kereta Menteri Pentadbiran Muhyiddin Paling Tinggi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kos penyelenggaraan kereta menteri pada 2020 iaitu ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin direkodkan berjumlah RM672,000, lebih tinggi daripada tahun berikutnya, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 2021, kos penyelenggaraan kenderaan menteri berjumlah RM478,991.50, manakala bagi 2022 sebanyak RM450,690.66.

Secara keseluruhannya kerajaan membelanjakan lebih RM1.6 juta membabitkan kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi kenderaan rasmi jawatan (KRJ) menteri Persekutuan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 hingga tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan berkata sepanjang 2021, sebanyak RM478,991.50 dibelanjakan bagi menyelenggara dan membaiki KRJ manakala tahun lalu, sebanyak RM450,690.66 bagi tujuan sama.

“Jumlah keseluruhan kos penyelenggaraan dan pembaikan bagi KRJ menteri Persekutuan ialah RM1,601,682.16,” katanya dalam jawapan bertulis melalui persidangan Dewan Rakyat, lapor BH.

Beliau menjawab soalan Chong Zhemin (DAP-Kampar) yang minta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jumlah kos penyelenggaraan semua kereta menteri dari tahun 2020 hingga 2022.

Tahun 2020 menyaksikan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri hingga 24 Februari sebelum digantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan pada 1 Mac 2020 sebelum membentuk jemaah Menteri pada 10 Mac 2020 dan berkhidmat hingga Ogos 2021 sebelum digantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Jemaah Menteri di bawah Muhyiddin dianggotai 32 menteri dan 38 timbalan menteri sebelum dibubarkan pada 16 Ogos 2021.

Pada masa sama, Anwar berkata, menteri dibekalkan dengan KRJ model Toyota Vellfire 2.5L bermula April 2021 bagi menggantikan model Proton Perdana 2.4L yang dihentikan pengeluaran.

Beliau berkata, kerajaan sudah membayar kos pajakan bulanan yang terdiri daripada kos sewaan serta penyelenggaraan dan pembaikan bagi setiap KRJ itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat