UMNO Johor beri amaran pihak yang memilih untuk menjadi penghalang agenda kemajuan Bangsa Johor akan ditinggalkan

KUALA LUMPUR — UMNO Johor memberi amaran tegas bahawa mana-mana pihak yang memilih untuk menjadi penghalang serta bertindak sebagai ejen sabotaj kepada agenda kemajuan Bangsa Johor akan ditinggalkan, selaras dengan tekad negeri itu untuk terus melangkah ke hadapan.

Pendirian itu dizahirkan oleh perwakilan Johor, Dato’ Haji Abdul Halim bin Haji Suleiman, dalam perbahasan Usul Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025, apabila beliau menegaskan bahawa kejayaan demi kejayaan yang dicapai Johor telah menimbulkan rasa terancam dalam kalangan pihak tertentu.

Menurut UMNO Johor, terdapat pihak yang tidak senang melihat kesenangan orang lain dan tidak selesa melihat rakyat Johor berada dalam keadaan stabil, malah sanggup menangguk di air keruh dengan mengaut keuntungan politik daripada setiap kesusahan dan kerugian orang lain.

Beliau turut menyentuh sikap segelintir pihak yang disifatkan terlalu gopoh mencari kerusi, terlalu ghairah menuntut jawatan dalam kerajaan, serta membakar sentimen sehingga boleh memecah-belahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Johor.

Sehubungan itu, UMNO Johor memberikan kata dua kepada pihak-pihak berkenaan, termasuk DAP dan Amanah, agar tidak menjadi batu penghalang kepada agenda kemajuan negeri.

UMNO Johor menegaskan bahawa Johor tidak akan berhenti melangkah ke hadapan, dan mana-mana pihak yang memilih untuk menghalang atau mensabotaj agenda kemajuan Bangsa Johor akan ditinggalkan.

UMNO Johor juga menegaskan bahawa segala soal strategi, gerak langkah dan percaturan politik diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti. Mereka mengibaratkan perjuangan UMNO sebagai sebuah kapal yang perlu dipandu oleh nakhoda, sementara seluruh ahli memainkan peranan sebagai kelasi yang setia dan berdisiplin.

Bagi UMNO Johor, keutamaan utama ialah memastikan khidmat kepada rakyat dilaksanakan dengan cemerlang, bersungguh-sungguh dan luar biasa sehingga benar-benar dapat dirasai oleh rakyat di peringkat akar umbi

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat