Puteri Umno minta kenyataan ‘Getik’ oleh perwakilan Melaka ditarik balik – Nurul Amal

KUALA LUMPUR — Ucapan penggulungan Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal Mohd Fauzi hari ini tertumpu kepada isu bahasa dan adab dalam perbahasan, susulan satu kenyataan yang didakwa merendahkan martabat ahli Puteri UMNO.

Beliau secara terbuka menuntut penjelasan serta penarikan balik kenyataan yang dibuat oleh perwakilan UMNO Melaka, Mustafa Musa, yang disampaikan dalam bentuk pantun dan disifatkan menggambarkan imej negatif terhadap Puteri UMNO.

“Pertamanya, saya nak minta speaker Melaka tarik balik cakap Puteri apa tadi? Getik ke gedik ke? Tarik balik.
“Puteri hari ni paling lekeh pun degree (ijazah), jangan cakap Puteri macam tu, tak baik. Kami ni punyalah setia dengan parti, macam tu je kena perli,” katanya.

Menurut Nurul Amal, penggunaan istilah sedemikian tidak selari dengan semangat kebersamaan dalam parti dan boleh memberi gambaran salah terhadap peranan serta latar belakang ahli Puteri UMNO.

Beliau menegaskan bahawa Puteri UMNO dianggotai wanita muda yang berpendidikan, berdisiplin dan memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi hingga nasional.

Kenyataan tersebut dibuat sebagai reaksi kepada ucapan Mustafa Musa sebelum ini yang antara lain menyebut ‘Kalau Pemuda tidak nakal, kalau Puteri tidak getik, kalau Wanita tidak bersembang, kalau Umno tidak memekik, maka mandul lah demokrasi.

Isu berkenaan menjadi antara tumpuan perwakilan kerana ia melibatkan sensitiviti sayap parti serta persepsi terhadap golongan wanita muda dalam UMNO.

Dalam ucapannya, Nurul Amal mengingatkan bahawa perbezaan pandangan dan gaya berbahas tidak seharusnya mengorbankan rasa hormat sesama ahli, khususnya dalam suasana parti yang sedang melalui fasa pengukuhan dan pembaharuan.

Beliau turut menekankan kepentingan memelihara maruah semua sayap parti agar UMNO terus diyakini sebagai wadah perjuangan yang matang, inklusif dan berwibawa, terutama dalam menarik sokongan generasi muda.

Ucapan penggulungan itu dilihat sebagai penegasan pendirian Puteri UMNO untuk mempertahankan maruah ahlinya serta memastikan sumbangan wanita muda dalam parti terus dihargai dan dihormati

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat