Tun M minta Menteri Perpaduan datang jumpa bincang isu kaum

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang membincangkan isu kaum yang sensitif.

“Saya sedia jumpa dengan Menteri Aaron Ago Dagang seperti yang dia cadang.

“Saya harap dia datang,” katanya di aplikasi X pada Rabu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, yang asyik bercakap tentang multiracial dan kritik beliau berkenaan isu berkaitan kaum harus bertanya kenapa wujud parti-parti berasas kaum dalam negara ini. Kenapa tidak cuma wujud parti Malaysia.

“Ada parti yang dakwa mereka parti multiracial tetapi bekas pemimpin mereka kata parti itu fake multiracial, iaitu palsu,” tegas beliau.

Sebelum itu, Aaron Ago Dagang menyatakan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) sedia berjumpa dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, jika beliau terus meluahkan isu-isu sensitif yang boleh memecahbelahkan perpaduan antara kaum.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat