Padanan skrin untuk Monster Hunter Rise

- Advertisement -

Peminat permainan siri ‘Monster Hunter’ pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati permainan sekuel terbaharu judul berkenaan yang baru dilancarkan di laman dagang permainan.

Susulan itu juga, jenama kelas permainan terkemuka, MSI turut menawarkan peluang judul permainan itu, ‘Monster Hunter Rise’ secara percuma dengan pembelian produk terpilih jenama itu.

Kempen berkenaan bermula 12 Januari lalu hingga 11 Februari depan sekali gus memberi ‘hype’ baharu kepada permainan berkenaan.

Pastinya, jika pengguna mahu menikmati mutu permainan sebenar di dalam Monster Hunter Rise, padanan skrin paparan adalah penting untuk memberi pengalaman lebih baik.

Untuk itu, MSI MPG Artymis 343CQR adalah pilihan terbaik memandangkan ia didatangkan dengan lengkungan 1000R sekali gus memberi pengalaman permainan lebih baik berbanding skrin lain.

MPG Artymis 343CQR ini dilengkapi kadar lengkungan 1000R dan ia adalah tahap lengkungan paling optimum untuk mata manusia.

Paparan keluaran MSI ini juga mempunyai sudut pandangan ultra lebar sekali gus memberi nilai maksimum untuk ‘kadar pandangan’ (POV) pemain.

Untuk penggemar genre permainan aksi pantas, mereka memerlukan kadar segar semula yang tinggi termasuk tindak balas paparan 1ms sekali gus menjadikan MPG Artymis 343CQR adalah pilihan paling tepat.

Ia juga mampu untuk menghasilkan kesan paparan ‘julat dinamik tinggi’ (HDR) dengan tona warna lebih baik untuk setiap keadaan.

Paparan ini menggunakan panel VA bersaiz 34 inci serta menyokong teknologi FreeSync Premium bersama HDR400.

Bagi sambungan pula, ia didatangkan dengan satu sambungan DisplayPort 1.4, dua sambungan HDMI, USB jenis C bersama-sama sambungan USB 3.2 Gen1  jenis A dan B.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat