Lapan terkorban dalam kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan – Nadma

- Advertisement -

BATANG KALI: Seramai lapan orang mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm berhampiran Batang Kali, Selangor.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan di tapak perkhemahan itu dan setakat jam 9. 15 pagi, seramai 92 mangsa telah ditemui.

“Hasil siasatan mendapati 53 mangsa yang ditemui selamat, 7 cedera dan lapan meninggal dunia.

“Sehingga kini operasi SAR masih diteruskan,” kata Nadma menerusi laman Twitter rasminya.

Tanah runtuh berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi.

Pasukan penyelamat dari Selangor dan Pahang turut serta dalam pencarian.

Tanah runtuh itu meliputi kawasan seluas sekitar satu ekar (0.4 hektar).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan nya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka melawat lokasi tanah runtuh lewat hari ini.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dan menteri kerajaan tempatan Nga Kor Ming juga dijangka akan hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat