JAPEN Perkenal Sistem D-Media Untuk Pengamal Media

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memperkenalkan Sistem D-Media yang berperanan sebagai hab informasi digital berciri mesra pengguna, interaktif dan terkini buat pengamal media.

JAPEN dalam kenyataan hari ini memaklumkan sistem berkenaan yang mula beroperasi Isnin lepas merupakan perkhidmatan penyampaian maklumat yang ditawarkan jabatan itu dengan kerjasama kementerian, jabatan dan agensi kerajaan bagi memudahkan pengurusan makluman media seluruh negara.

“Sistem tersebut meliputi penyampaian maklumat secara digital kepada pihak media seperti Nota Kepada Pengarang, Siaran Media, Kenyataan Media dan Pusat Media yang dimuat naik oleh kementerian, jabatan atau agensi kerajaan.

“Pembangunan sistem ini juga selari dengan perkembangan kemajuan komunikasi digital seterusnya sebagai satu kemudahan kepada pengamal media dalam menerima maklumat dengan lebih pantas dan semasa,” menurut kenyataan itu.

Sistem D-Media boleh diakses oleh pengamal media dan orang awam menerusi pautan https://dmedia.penerangan.gov.my/. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat