Dua Lagi Pegawai SPRM Ditahan Disyaki Terbabit Kes Samun RM700,000 – Polis

- Advertisement -

PETALING JAYA – Dua lagi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditahan selepas disyaki terbabit kes samun RM700,000 di sebuah kediaman di Jalan Ampang, 10 Dis lalu.

Suspek berusia 37 dan 39 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hasil bantuan SPRM.

Ia menjadikan keseluruhan tiga pegawai SPRM ditahan berhubung kes samun terhadap seorang pemilik agensi pelancongan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan, berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan dan kedua-dua mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) hingga 19 Dis,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Jalil berkata, kertas siasatan akan dikemukakan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Sebelum ini, seorang pegawai SPRM berusia 31 tahun ditahan apabila disyaki terbabit dalam rompakan itu selepas dikesan melalui kenderaan digunakannya. – FMT

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat