Dua Individu Ditahan, Disyaki Guna Wang Palsu RM2,500 Beli Kucing Parsi

- Advertisement -

ALOR GAJAH – Gara-gara membeli kucing parsi menggunakan wang palsu, seorang penghantar surat dan rakannya ditahan selepas seorang pesara guru membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, perbuatan lelaki dan wanita masing-masing berusia 22 dan 24 tahun dari Kampung Kepayang Simpang Pulai, Perak itu terbongkar selepas mangsa berusia 56 tahun yang menjual kucing parsinya itu menerima wang palsu berjumlah RM2,500.

Menurutnya, mangsa membuat urusan jual beli kucing jenis parsi kepada suspek melalui media sosial Facebook.

Beliau berkata, suspek bersetuju membeli dua ekor kucing tersebut dengan harga RM2,600 dan telah membuat pembayaran deposit berjumlah RM100 ke dalam akaun mangsa sebelum bersetuju berjumpa di Plaza Tol Ayer Keroh.

“Mangsa dan suspek kemudian berjumpa di plaza tol itu pada jam 1.30 pagi, Sabtu lalu.

“Mereka bersetuju untuk melakukan jual beli kucing dan mangsa menyerahkan dua ekor kucing bersama sangkar manakala suspek telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM2,500 kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Jelas beliau, keesokan harinya mangsa ke Skudai, Johor untuk membeli kucing lain, namun penjual kucing terbabit enggan menerima wang tersebut dan mangsa mengesyaki wang terbabit adalah palsu sebelum membuat laporan polis.

Arshad berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah tekah membuat tangkapan terhadap kedua- dua suspek di Simpang Pulau Ipoh Perak pada jam 5 petang, Rabu lalu.

“Kedua-dua suspek didapati positif methamphetamine, manakala suspek wanita turut didapati mempunyai rekod berkaitan dadah di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Turut dirampas sebuah kereta Proton Wira Aeroback, dua ekor kucing jenis parsi dan mesin cetak berwarna.

“Kedua-dua ditahan reman sehingga Isnin ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan siasatan masih dijalankan di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan dan Seksyen15(1)(a) ADB 1952,” jelasnya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat