98 Peratus Kes Baru Covid-19 Hari Ini Kategori 1 dan 2 – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 98.2 peratus atau 4,184 daripada 4,262 kes harian baharu jangkitan Covid-19 hari ini adalah terdiri daripada pesakit kategori 1 dan 2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu juga, 78 kes atau 1.8 peratus adalah pesakit kategori 3, 4 dan 5.

Beliau berkata, jumlah kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan peningkatan kepada 4,262 kes berbanding 3,900 kes yang direkodkan semalam.

“Data terbaharu hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia mencecah 2,707,402 kes setakat ini.

“Kes sembuh adalah 4,985 kes menjadikan 2,620,147 kes kumulatif atau 96.8 peratus.

“Sebanyak 36 kes import dicatatkan membabitkan 29 warganegara dan tujuh bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau, penularan kes tempatan hari ini adalah sebanyak 4,226 kes iaitu 4,041 warganegara (95.6 peratus) dan 185 bukan warganegara (4.4 peratus).

Katanya, kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 383 kes membabitkan 284 kes disahkan Covid-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan.

“Kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 198 kes (135 kes disahkan Covid-19; 63 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).

“Jumlah keseluruhan kluster sejak bermulanya jangkitan Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 6,062 kluster termasuk enam kluster baharu dicatatkan hari ini.

“Sebanyak 5,814 kluster sudah tamat manakala jumlah kluster aktif dengan kebolehjangkitan setakat hari ini adalah 248 kluster,” katanya.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat