Warga Malaysia boleh pulang tanpa ujian calitan COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Warga Malaysia di luar negara yang ingin pulang, boleh terus berbuat demikian tanpa menjalani ujian calitan COVID-19 sekiranya tidak mampu membayarnya atau ia tidak disediakan di negara berkenaan.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata mereka perlu menjalani proses kuarantin selama 10 hari sebaik pulang.

Namun, warga Malaysia atau pengembara yang melakukan ujian calitan di negara luar, tiga hari sebelum penerbangan pulang dan mendapat keputusan negatif, hanya perlu menjalani kuarantin tujuh hari.

Beliau berkata, warga Malaysia atau pengembara yang tidak melakukan ujian calitan itu disebabkan kos ujian calitan di beberapa negara terlalu tinggi dan ada negara tidak menyediakan perkhidmatan berkenaan bagi individu yang ingin pulang ke negara masing-masing.

“Individu berkenaan tidak membuat swab test sebelum pulang kerana ada negara tidak menyediakannya hanya untuk penerbangan pulang yang saya difahamkan Jepun.

“Pelajar kita juga ada buat aduan swab test di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) mahal kerana pertukaran wang.

“Kalau mereka nak balik terus (ke tanah air) pun boleh tanpa swab test tetapi kena buat kuarantin selama 10 hari,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagi warga Malaysia atau pengembara yang melakukan ujian calitan COVID-19, tiga hari sebelum penerbangan, Ismail Sabri berkata, mereka perlu menjalani kuarantin tujuh hari di tanah air sekiranya ujian terbabit negatif.

“Maksudnya, tiga hari sebelum terbang (pulang) mesti buat swab test dan negatif. Kemudian tujuh hari berada di pusat kuarantin di tanah air. Ini bermakna kita singkatkan daripada 14 hari kepada 10 hari sekarang.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat