Syarikat gergasi teknologi AS nyatakan komitmen pelaburan besar-besaran di Malaysia

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat memberi perakuan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua syarikat ini turut mengakui sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting yang menarik minat mereka untuk melabur di Malaysia.

“Mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat gergasi teknologi seperti Google, Enovix Corporation, Microsoft dan TikTok di San Francisco, Amerika Syarikat.

“Saya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.

“Dalam pertemuan ini kesemua syarikat telah memberi perakuan melanjutkan pelaburan mereka di Malaysia secara besar-besaran.

“Kesemua syarikat ini turut mengakui sistem politik yang stabil dan dasar yang jelas merupakan antara faktor penting yang menarik minat mereka untuk melabur di Malaysia.

“Saya juga menyatakan komitmen Malaysia untuk memberikan proses kelulusan pantas kepada semua pelabur dan ia jelas menambah keyakinan kepada syarikat-syarikat ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Anwar memaklumkan, semasa pertemuan ini, Google diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan merangkap Ketua Pegawai Kewangannya, Ruth Porat; Enovix Corporation diwakili Ketua Pegawai Operasinya Ajay Marathe; Microsoft Asia oleh Presidennya Ahmed Mazhari sementara TikTok oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Shou Zi Chew.

“Saya kemudian turut menerima kunjungan hormat daripada Jim Coulter yang merupakan Rakan Pengasas, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah TPG, sebuah syarikat pengurusan aset alternatif utama global.

“Semoga pertemuan dengan kesemua syarikat gergasi ini dapat membawa manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya, Insya-Allah,” ucap Perdana Menteri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat