PRU15: 2,931 Ceramah Berpermit Diadakan Di Selangor Sehingga Semalam – Polis

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sebanyak 2,931 kempen dan ceramah politik berpermit telah diadakan di seluruh Selangor oleh parti yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sejak 5 Nov hingga semalam, lapor Bernama.

Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, bagi memastikan setiap kempen dan ceramah yang dijalankan mematuhi undang-undang ditetapkan, pihaknya turut membuat pemantauan di setiap program tersebut.

“Pada 15 November (semalam), sebanyak 70 ceramah dan 105 kempen berpermit diadakan oleh parti yang bertanding, ini menjadikan jumlah keseluruhan kempen dan ceramah yang diadakan bagi tempoh 5 November hingga semalam adalah sebanyak 2,931,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa dalam tempoh sama sebanyak 253 laporan polis berkaitan PRU15 diterima pihaknya, selain sebanyak 19 kertas siasatan sudah dibuka dengan tangkapan seramai lima individu.

Selain itu, beliau turut menasihati calon yang bertanding dan masyarakat agar sentiasa menghormati serta mematuhi lunas undang-undang yang ditetapkan sepanjang PRU15.

“Elakkan daripada membuat sebarang provokasi dan perkara-perkara yang boleh menimbulkan insiden yang tidak diingini yang sekali gus boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat