Lepas kalah PRU14 jangan ada sesiapa ‘over confident’ boleh menang, semua mesti kerja keras – PM

- Advertisement -

MENGKARAK- Selepas kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) usahlah ada mana-mana pemimpin menyatakan keyakinan bahawa kemenangan berada dalam genggaman mereka.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak ada calon yang boleh mendabik dada dan berasa selesa dengan mood pengundi yang tidak menentu selepas tsunami politik pada 2018.

“Lepas PRU14, tak ada lagi jaminan dalam pilihan raya. Pada Pru14 dulu pun kajian kata kita (BN) menang dengan majoriti dua pertiga.

“Pada 2018 kita yakin menang 148 kerusi, akhirnya kita dapar 79 kerusi saja. Sebab itu kita tak boleh ‘over confident’,” tegas Ismail Sabri lagi.

Jelas beliau, tidak ada sesiapa yang boleh mengakui dirinya selesa.

“Dalam pilihan raya apa-apa boleh jadi, jangan rasa selesa. Tak ada siapa gerenti menang, termasuk saya sendiri.

“Kita mesti kerja keras hingga malam 19 November. Sehingga diisytiharkan menang PRU15,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat