Pemenang Pingat Emas Olimpik Jadi Penghantar Makanan

- Advertisement -

LODZ ( Poland): Dengan beg besar di belakang, juara Olimpik dari Venezuela, Ruben Limardo akan mengayuh basikal di negara angkatnya, Poland untuk melakukan aktiviti yang menimbulkan kesedihan dalam kalangan peminatnya ketika musim pandemik ini.

Pemenang pingat emas acara lawan pedang di Olimpik London itu sekali lagi akan cuba memburu kejayaan di Tokyo tahun depan namun minggu lalu dalam laman sosial dia mendedahkan kerja barunya itu.

“Anda harus mencari jalan dan ini adalah kerja sama seperti yang lain,” katanya yang melakukan rutin harian berlatih dan menghantar makanan melalui Uber Eats.

Bukan hanya dia seorang malah 20 orang lagi skuad lawan pedang Venezuela menjalani kehidupan yang sama di bandar Lodz di Poland.

“Kami semua adalah budak penghantar,” kata Limardo yang juga fasih berbahasa Poland.

Dia meraih emas Olimpik lapan tahun lalu, seterusnya menjadi atlet lawan pedang pertama dari Amerika Latin melakukannya sejak Ramon Fonst dari Cuba pada 1904.

Dia juga menjadi atlet kedua Venezuela meraih emas, selepas 44 tahun dicatatkan petinju, Francisco Rodriguez.

“Kami mendapat wang perbelanjaan yang sikit dari Venezuela kerana krisis yang berlaku sekarang. Pandemik ini mengubah segala-galanya. Tidak ada pertandingan, Olimpik Tokyo ditangguhkan selama setahun dan penaja pula berkata mereka akan mula menyalurkan sumbangan bermula tahun depan.

“Disebabkan itulah kami harus mencari sumber kewangan di atas jalan raya,” katanya yang berkayuh 50 kilometer setiap hari untuk mendapatkan 100 euro (RM488) seminggu – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat