Gabungan semua parti tolak PH akan dibentuk – Annuar Musa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa berhasrat membentuk kerjasama penyatuan ummah dalam skala lebih besar merangkumi parti-parti bebas yang berpendirian menolak Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, mesyuarat Jawatankuasa Perunding Muafakat Nasional (MN) yang direncana pada 18 November ini akan diusulkan pembentukan “grand coalition” melibatkan sekurang-kurang 12 atau 13 parti sealiran.

Katanya, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyebut tentang bakal termeterai kerjasama rasmi tripartite membabitkan UMNO, PAS dan Bersatu.

“Penyatuan ummah tidak harus terbatas setakat UMNO, PAS dan Bersatu sahaja. Saya ingin menganjurkan pembentukan “suatu grand coalition” yang melibatkan sekurang kurangnya 12,13 parti politik yang sealiran.

“Mari kita garabkan penyatuan dan muafakat besar (gabungan/Muafakat Nasional) yang melibatkan BN, Perikatan Nasional (PN) (anggota MN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Gabungan ini terhasil daripada muafakat dan kerjasama berkesan anggota dalam kerajaan PN.

“Beberapa parti bebas atau menolak PH boleh dibawa bersama. (Warisan, Muda ,Pejuang, Berjasa, IPF, Makkal, PCM dan lain-lain). Apa yang penting kita tinggalkan politik yang berlegar sekeliling personaliti dan kita semarakkan politik penyatuan ummah yang mendahulukan kestabilan, ketahanan nasional dan kepentingan rakyat,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu di Facebooknya, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, usaha penyatuan ummah harus menjadi tanggungjawab utama dan berterusan kita.

“Sudah terlalu lama politik kita berlegar sekeliling dua tiga personaliti,dan bukan atas dasar perjuangan. Bahkan sudah berkali- kali politik nasional cuba di seret kerana mempertahan atau menentang individu.Cukup cukuplah.

“Semoga ia merupakan satu persiapan dan kesiapsiagaan untuk negara muncul perkasa pasca Covid-19 pada 2021,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat