Trump Dakwa Fauci Penyokong Tegar Demokrat

- Advertisement -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci memberi nasihat tidak konsisten mengenai penularan COVID-19.

Situasi itu, kata Trump adalah kerana Fauci merupakan penyokong Demokrat.

“Anthony, lelaki yang baik. Beliau katakan sebelum ini ia bukan ancaman, ia bukan satu masalah, jangan bimbang.

“Kemudian beliau sarankan tidak perlu memakai pelitup muka, dalam apa jua keadaan, kemudian beliau sarankan untuk memakai pelitup muka. Anda nampak konflik ini?

“Beliau lelaki yang baik, kerana itu beliau masih dikekalkan.

“Beliau menyokong Demokrat, beliau adalah rakan rapat kepada Cuomo,” katanya.

Dalam kempen di North Carolina, Trump turut mendesak supaya gabenor membuka semula sekolah dan menghentikan perintah kawalan.

Trump dan seterunya dari Demokrat, Joe Biden akan menjawab soalan dalam sesi town hall berasingan yang akan disiarkan secara langsung.

Sesi townhall itu menggantikan debat terbuka yang dibatalkan. Ini selepas Trump menarik diri daripada debat secara maya – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat