Pemohonan Baru BPN 2.0 Dibuka Hingga 15 November

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober sehingga 15 November 2020 bagi membantu kumpulan yang belum pernah menerima Bantuan Prihatin Nasional sebelum ini.

Ia termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan terhadap status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Dr Tengku Zafrul Aziz berkata, tempoh permohonan baharu BPN 2.0 dibuka dari 15 Oktober 2020 sehingga 15 November 2020.

Bagi memastikan BPN sampai kepada mereka yang benar-benar layak, proses semakan atas permohonan baharu akan dibuat dalam kadar segera.

Bagi mereka yang diluluskan, bayaran akan dibuat secara sekaligus pada bulan Januari 2021.

”Menurutnya, pemohon-pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut atau untuk membuat permohonan.

”Saya ingin menasihati rakyat agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan BPN 2.0 ini.

”Penerima disarankan untuk merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan tidak memberikan maklumat peribadi kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, bayaran fasa pertama BPN 2.0 akan disalurkan kepada 10.6 juta penerima mulai hari Isnin ini secara berperingkat-peringkat.

Inisiatif BPN 2.0 keseluruhannya berjumlah RM7.0 bilion akan disalurkan melalui dua fasa pembayaran, iaitu pada bulan Oktober 2020 dan Januari 2021.

Bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran akan dibuat secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 26 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020.

Penerima BPN di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tempoh yang sama seperti di Semenanjung Malaysia.

Manakala penerima pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank, BPN 2.0 akan dibayar sekaligus bermula bulan Januari 2021 dengan bayaran tunai dibuat di lokasi-lokasi yang bakal diumumkan kelak. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat