Zon eksklusif baru dibuka untuk konsert BCL 2025

Berita menggembirakan buat seluruh peminat penyanyi tersohor Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL)! Konsert Eternal Love, Timeless Romance 2025 bakal menjadi lebih istimewa dengan pengenalan zon eksklusif baharu bernilai RM500, khusus buat mereka yang mahukan pengalaman premium menyaksikan persembahan.

Sebelum ini, Zon Teman Setia (RM288) habis terjual dalam masa singkat, menunjukkan betapa tingginya sambutan peminat terhadap konsert yang dijadualkan berlangsung pada 27 September 2025, jam 8.30 malam di Plenary Hall, KLCC. Namun, atas permintaan ramai, pihak penganjur bukan sahaja membuka semula jualan tiket Zon Teman Setia, malah turut memperkenalkan zon baharu ini untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

Konsert berprestij ini menjanjikan malam penuh magis dengan alunan suara merdu BCL, diiringi oleh barisan artis undangan Malaysia yang tidak kurang hebat seperti Jaclyn Victor, Fajar Noor, dan maestro violin Dennis Lau.

Menariknya, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan fesyen di mana penonton paling bergaya berpeluang memenangi penginapan mewah satu malam di Imperial Lexis Kuala Lumpur.

Dengan sokongan padu rakan penaja seperti Malaysia Airlines, Enrich, BYD Sime Motors, dan Gempak, konsert ini dijangka mencatatkan detik bersejarah buat BCL dan para peminatnya di Malaysia.

Tiket dijangka habis dalam masa yang singkat kerana kapasiti dewan yang terhad. Para peminat disarankan mendapatkan tiket mereka secepat mungkin melalui laman rasmi www.ticket2u.com.my.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan ikonik yang akan mengabadikan cinta, muzik, dan kenangan abadi di Kuala Lumpur!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat