PM: K’jaan Akan Kaji Semula Semua Dasar Sektor Tenaga

- Advertisement -

(BERNAMA) Kerajaan akan mengkaji semula semua dasar berkaitan sektor tenaga termasuk manfaat Akses Pihak Ketiga (TPA) terhadap infrastruktur grid dan pada masa sama meningkatkan geran promosi dan subsidi sedia ada untuk pengkomersialan dan penggunaan tenaga boleh baharu bersama teknologi berkaitan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri turut menegaskan bahawa pembangunan sumber tenaga hijau harus dijadikan keutamaan dan bukan lagi sebagai satu pilihan dalam setiap perancangan dasar kerajaan pada masa akan datang.

“Dalam aspek tenaga boleh baharu pula, kerajaan akan bekerjasama dengan semua pihak terlibat untuk menyelesaikan cabaran teknikal dan kos bagi memajukan industri ini,” katanya ketika melancarkan entiti milik penuh Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Gentari Sdn Bhd di Kuala Lumpur hari ini.

Gentari adalah pembekal penyelesaian tenaga bersih bersepadu dan sehenti, dengan menawarkan rangkaian penyelesaian tenaga boleh baharu, hidrogen dan mobiliti hijau untuk pelanggan komersial, perindustrian dan runcit.

Beliau turut menekankan bahawa kerajaan akan memberi tumpuan kepada satu lagi bentuk tenaga hijau iaitu hidrogen, yang mampu menjadi pengubah industri.

“Kita juga akan melancarkan Dasar Tenaga Negara (DTN) tidak lama lagi sebagai komitmen kerajaan untuk peralihan tenaga bagi mengurangkan pembebasan karbon,” katanya.

Mengenai Gentari, Ismail Sabri berkata perasmian Gentari adalah signifikan dalam membantu Malaysia mencapai matlamat negara iaitu pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar pada 2050 seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

“Pelancaran Gentari seiring dengan usaha kerajaan ke arah merealisasikan sasaran DTN menerusi inisiatif mobiliti hijau, tenaga boleh baharu serta hidrogen sebagai sumber tenaga utama.

“Ia juga meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang tenaga hijau ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030,” katanya.

📌 Ke arah pelepasan sifar bersih karbon menjelang 2050
📌 Hab pengecas EV terbesar negara di Suria KLCC
📌Pencapaian GENTARI dalam bidang mobiliti hijau dan tenaga boleh baharu

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat