Shafie Apdal Dakwa Cabaran Debat Buang Masa

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyifatkan cabaran debat oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara dirinya dan Datuk Hajiji Noor sebagai membuang masa.

Mohd Shafie yang juga calon Warisan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang itu terbuka mengenai debat tersebut namun lebih mengutamakan kepentingan untuk bertemu pengundi dalam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

“Debat itu boleh berlangsung tetapi saya mahu berjumpa dengan pengundi. Jadi jangan bazir masa. Dia (Hajiji) sebelum ini sebahagian Pakatan Harapan (PH) tetapi dia lompat. Dia salah satu daripada ‘katak’ yang melompat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah 2020 di Dewan Sipadan, Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah, Kota Kinabalu hari ini.

Terdahulu pada majlis tersebut, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menyempurnakan majlis dengan memotong kek Hari Malaysia dengan diiringi isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni.

Turut hadir, tiga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Datuk Christina Liew Chin Jin dan Datuk Dr. Jaujan Sambakong.

Semalam, Presiden Warisan itu dicabar berdebat dengan calon PN DUN Sulaman, Datuk Hajiji Noor bagi membuktikan kemampuannya mengetuai negeri berkenaan.

Cabaran itu disuarakan oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada hari pertamanya berkempen untuk Hajiji yang mana sebelum ini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin memberi bayangan calonnya itu akan dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan PN menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN). – Malaysiagazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat