Tiada stesen pemantauan IPU rekod kualiti udara ‘Baik” setakat pukul 11 pagi tadi – JAS

KUALA LUMPUR – Tiada stesen pemantauan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang merekodkan kualiti udara ‘Baik’ hari ini setakat pukul 11 pagi tadi dan ada 65 kawasan merekodkan bacaan IPU ‘Sederhana’.

Menurut kenyataan media Jabatan Alam Sekitar hari ini, ada tiga kawasan merekodkan bacaan IPU ‘Tidak Sihat’ kesemuanya di Sarawak iaitu Serian (162), Samarahan (155) dan Kuching (132).

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JAS Azuri Azizah Saedon memaklumkan kualiti udara di beberapa kawasan dalam negara hari ini masih mencatatkan bacaan IPU ‘Tidak Sihat’, tiga kawasan di Sarawak yang merekodkan bacaan berkenaan dipercayai dipengaruhi oleh pergerakan asap jerebu dari pelbagai arah.

“Berdasarkan laporan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) yang berpusat di Singapura pada 15 Ogos 2026, imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, terdapat 132 titik panas (hotspot) dikesan di Kalimantan, 115 titik panas (hotspot) dikesan di Sumatera dan 6 titik panas (hotspot) dikesan di dalam negara iaitu 1 di Melaka, 1 di Johor, 2 di Sarawak dan 2 di Sabah,” katanya.

Beliau berkata maklumat lain dalam kenyataan itu menyatakan Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan ASEAN Specialised Meteorogical Centre (ASMC) pada hari ini menunjukkan titik panas bertaburan dikesan di kebanyakan kawasan di Kalimantan manakala titik panas terpencil dikesan di Pulau Jawa, Kepulauan Sunda Kecil, Sulawesi dan bahagian selatan Sumatera.

“Kepulan asap sederhana diperhatikan di bahagian selatan dan barat Kalimantan.

“Kepulan asap setempat ringan turut diperhatikan di bahagian selatan dan tengah Sumatera. Walau bagaimanapun, litupan awan yang meluas menghalang pemerhatian penuh
terhadap situasi titik panas dan jerebu semasa,” katanya.

Pihak JAS telah meningkatkan tindakan penguatkuasaan dan aktiviti rondaan harian ke kawasan berpotensi berlakunya aktiviti pembakaran terbuka serta memantau bacaan IPU dari masa ke semasa.

“Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan bagi menyelaras tindakan-tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara,” katanya.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat