Program kuliah awam tampilkan Abdul Razak Baginda dibatalkan

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil langkah membatalkan satu sesi kuliah awam yang menampilkan penganalisis politik Abdul Razak Baginda ekoran ada kebimbangan yang dibangkitkan berhubung pemilihannya.

Program yang dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM) itu dijadual berlangsung pada 18 Ogos 2026, dengan tajuk “Asia’s Heroes and Villains: A Study of Leadership”

UIAM menerusi satu notis yang dimuatnaik di media sosial, ia menyatakan program syarahan berkenaan dibatalkan dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul dan amat menghargai budi bicara serta pemahaman anda,” menurut kenyataan tersebut.

Pembatalan dibuat selepas Persatuan Kakitangan Akademik (ASA) UIAM menyatakan mereka bimbang berhubung kesesuaian pemilihan Adbul Razak untuk bercakap mengenai topik yang menyentuh isu kepimpinan dan akauntabiliti.

Menurut persatuan tersebut, sejarah perbicaraan undang-undang yang berkait dengan Abdul Razak dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu perlu diambil kira penganjuran program tersebut.

Pihak ASA bagaimanapun menyatakan pihaknya tidak berhasrat menghalang program itu dianjurkan.

author avatar
Ibnu Khusairy Aris
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat