Lagi Pemuda ditekan, lagi kuat kami melawan – KP UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak akan tunduk walaupun ditekan oleh pelbagai pihak.

Tegas Ketuanya, Dr Akmal Saleh, lagi kuat kami ditekan, lagi kuat kami melawan.

Hantaran di Facebook yang juga Ahli Undangan Negeri (ADUN) itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang antaranya mahukan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu berani dan lantang bersuara bagi memulihkan UMNO setelah tewas teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 lepas dan Plihan Raya Negeri yang berlangsung 12 Ogos, pada Sabtu lepas.

“Berkata benar, walau pun pahit .. rezqi, pangkat semua ketentuan Allah.. Yaqin & Istiqomah bang..” kata pemilik akaun Facebook Mohd Nazri Abd Karim.

Selain itu, “Yakin YB Dr boleh lakukan sesuatu. Teruskan YB”, kata Aidel Azril.

Bekas Exco Pemuda UMNO yang kini ahli PAS, Fariz Hadi pula menulis “Tak sabar tunggu hasilnya. UMNO perlu diselamatkn. Moga dipermudahkan.”

Terdahulu, Ketua UMNO Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, mempersoalkan peranan ketua-ketua sayap parti UMNO bagi menarik sokongan pengundi muda.

Bekas timbalan pengerusi Umno Johor itu juga memberitahu sejak PRU ke-14 hingga Sabtu lalu, dia mendapati sokongan pengundi muda – khususnya pengundi 18 tahun – sangat suram terhadap Umno.

“Apa yang ketua-ketua sayap parti buat selama ini untuk menarik orang muda agar menyokong Umno? Kalau setakat cakap-cakap saja, orang lain pun boleh buat kerja itu,” tempelaknya.” Pada Selasa.

Dalam pada itu, Pemuda Umno memilih untuk tidak berterusan meratapi kegagalan Umno dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sebaliknya mencari punca kekalahan dan solusinya.

Dr Akmal Saleh berkata, post-mortem diperlukan agar menjadi titik tolak perubahan Umno kepada yang lebih baik.

“Usah meratapi kegagalan yang lepas, kita perlu bangkit melakukan perubahan demi kebaikan parti ini.

“Kepada semua Pemuda Umno baik di cawangan mahupun di bahagian di seluruh negara, saya menjemput untuk hadir bersama-sama kita mencari punca kekalahan dan solusinya.

“Kita pastikan suara keramat Pemuda Umno kali ini menjadi titik tolak perubahan Umno kepada yang lebih baik,” seru Dr Akmal.

Tegas beliau, Umno milik rakyat bukan milik individu.

“Kita kembalikan zaman kegemilangan Umno yang dulu,” katanya di Facebook, semalam.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat